Friday, October 14, 2011

lab microbes di pagi hari

setiap hari selasa course aku akan menjalankan lab microbes tapi macam biasa la lab sikit jer bergambar kalah Siti Nurhaliza menari lagu Goyang Inul hehehe ottokhe?? ada kene mengena ker?? what ever la blog aku suka hati aku la... kali ni kita orang buat lab tentang isolation and purification of bacteria.. hahah paham x? x paham p google search.. apa?? x der internet??? ewwww ko duduk pelosok sangat kerrr?? x per p tanya cikgu sains korang hehehe.. nak tengok x bakal saintis berjaya di malaysia nanti? haaa jowm...

  •  ni sample bacteria yang kami guna..
  •  ni ketua kami nampak stress x?
  •  siapa kata scientist semua hodoh korang tgk cantik x mereka?? hehe
  •  tgk boss kami dia jer yang serius kan?
  •  yang ni pose jer lebeh..
  •  siapa paling cute?? mesti angry bebed aku kan?? hahha
  •  prof. Naimah yang sengal..siapa nak number dia? cntc la aku haha
  •  gadis-gadis suci course aku..alok-elok bakar tu karang terbakar tangan kurang hantaran..
  •  perghh bapak la.. bacteria ni membiak dengan cepat..kata hati dr.nafisah..dia ni handal xyah pakai microscope nampak dah bacteria..
  •  muka boss kami yang ceria bila dah habis experiment hehe so cute~~
  • bacteria untuk dijual..satu telap aku letak rm50 jer saper nak??

kembali berblogging

arghh setelah mengalami fasa yang susah untuk kehidupan aku kini aku bangkit semula untuk teruskan perjuangan..aku yang dulunya lemah aku harap menjadi lebih kuat untuk menghadapi hari-hari yang akan mendatang..dalam tempoh aku terjatuh ni baru aku dapat kenali mana satu teman, mana satu sahabat, mana satu PARASIT yang hanya bersama kita sesama kita senang jer..jujur aku cakap kat korang aku tak sangka aku akan terjatuh teruk macam ni sekali dan memang sangat sukar untuk aku naik balik..tapi kali ni aku nak pastikan aku takkan terjatuh lagi..aku nak jadi lagi kuat..lagi tabah..lagi hensem erkkk perlu ker?? heheh ntah la tapi apa yang aku pasti i will be much stonger than yesterday....


p/s : aja- aja fighting!! hehe

Sunday, September 25, 2011

segalanya berubah...

kini segalanya telah beubah apa yang aku harapkan selama ni cuma angan2x yang x akan menjadi kenyataan...benar kata orang kita hanya mampu merancang tapi tuhan yang menentukan..pape pown aku tetap redha dengan ketentuan yang telah ditakdirkan olehNya~~
 this song will explain all my feeling

Monday, August 22, 2011

puisi pertama aku

puisi ni aku buat time nak join pertandingan menulis puisi time tingkatan 5 dulu...korang baca la the komen tau hehe agak lawak sebab dulu aku jiwang sikit hehehe peace uolzzzz

Tajuk : Epilog Kedukaan
Nukilan : Tengku Imran Akasya

dinginnnya hembusan pawana
menambah lagi epilog duka
dalam sanubariku
pemergiannya mencoretkan
seribu kedukaan di dalam
novel kehidupanku
jiwaku kosong tanpanya
hatiku sering membentak
tika akalku teringatkannya
titisan kristal yang menemaniku
saban hari semakin tidak bermaya
kerna aku terlalu merinduinya
mampukah aku bertahan?
kehadiran dirinya dalam hidupku
persis cahaya yang menerangi
lorong-lorong nan suram
kehadirannya ibarat baja
yang menyuburi taman hatiku
namun kini segala luluh!
dia telah pergi meninggalkan aku
segala ikatan telah pun terurai
apa yang tinggal kini hanyalah
memori yang tidak mungkin
akan berulang kembali...



p/s : hurm so apa pendapat korang?

Wednesday, August 17, 2011

salam ramadhan dari aku..

Walaupun agak terlewat tapi aku tetap nak ucapkan selamat menyambut ramadhan al mubarak...harap ramadhan kali ni memberi kita seribu kemanisan berbanding tahun-tahun sebelumnya insyaAllah..hah citer paal ramadhan ni..topic utama aku mesti juadah nak berbuka..hehe kali ni aku nak cerita juadah yang popular time berbuka yang digemari oleh aku..hehe bukan orang lain yer tetapi aku..hahaha nak tau x apa dia jowm kita jalan-jalan cari makan.

Yang berada di tangga pertama..


  • murtabak daging memang pembuka selera aku hehe
tempat kedua pulak..


  • kuih ni ada dua nama kuih tepung pelita @ kuih tako ( jangan salah sebut bahaya tau hahahaha )
tempat ketiga pulak..

  • popiah basah..perghh memang terangkat beb..sedap huhu
hah tempat keempat ni special sikit tau nak tau apa?

  • bubur pulut hitam..payah la nak dapat tapi sedap bila makan dengan ice hilang rasa haus tau..sekali cuba pasti nak lagi hehehe 
last but not least juadah yang aku minat time bukan puasa ialah

  •  susah sangat-sangat nak cari..tapi kalau dapat memang singgit x cukup seyes aku cakap..nak tau nama dia? nama dia kuih cara berlauk..memang cara beb..
hah...dah tau kan juadah fav aku so amacam best x? hehe pape pown puasa jangan ponteng tau baru rasa nikmat berbuka hehe pulak tu buka jangan lupa baca doa hehe :) dah macam kela agama pulak aku ni..

P/s : korang ni semua pose penuh x?



Wednesday, July 20, 2011

i miss u olzzzz

Lama giler aku x update blog kesayangan aku ni kan?? semenjak aku kerja ni jarang sangat online..cube teka aku kerja apa? hahaha alhamdulillah dengan berkat muka aku yang ala-ala nickhun ni aku berjaya dapat jadi receptionist hotel..happy sangat kerja kat situ..hari first aku masuk aku skema giler konon-konon baik la kan? haha dah lama terus aku tunjuk belang aku haha baru diorang tahu siapa tengku imran akasya yang sebenarnya..kerja aku senang jer aku senyum dengan guest check in kan then kalau nasib baik dapat tips..best x? hehe aku rasa cukup la dengan kisah hidup aku..ni aku nak bagitau nasihat senior aku kepada aku sebagai seorang anak muda dalam dunia yang penuh dugaan ni ( pergh ayat cam babun jer)..korang nak tau x apa makna duit yang sebenarnya? nak x? nak x? hoi jawab lah! hehe meh la aku citer..

ni la makna duit yang sebenar...

D     - doa
U  -  usaha
I  -  ikhtiar
T - tawakal

hah paham x? meh aku uraikan satu persatu ea? firstly, doa..setiap benda kita akan mulakan dgn doakan? then usaha..dah doa kene la usaha tul x? even Rasulullullah S.A.W pernah bersabda sesungguhnya orang yang hanya tahu berdoa tetapi tidak berusaha bodoh namanya dan orang yang hanaya berusaha tanpa doa sombong namanya oleh itu doa + usaha = kejayaan..then seterusnya ikhtiar..kita bila dah berusaha mesti akan ikhtiar untuk dapat lebih dari yang kita ada betul x? dan lastly...dah puas beusaha..kita tawakal jer...biar tuhan yang tentukan segalanya..kalau ikowt nasihat ni mesti kita mampu berjaya..so lu pikirla sendiri..wink2x :)


kalau dapat duit macam ni okay x?

Tuesday, June 14, 2011

jenis-jenis bahasa

assalamualaikum w.b.t
apa kahabar semua..pada harini saya akan mengajar anda tentang jenis-jenis bahasa..hahaha ada gaya pensyarah x aku nie??  x der maknanyer..aku ni poyo jer lebih...tapi topic aku kali ni mmg jenis-jenis bahasa..topic ni aku perlukan korang tuk mengimbau kenangan2x korang zaman kecik-kecik dulu..lebih-lebih lagi pompuan la yang suka guna bahasa macam ni..mungkin nak gantikan bahasa inggeris yang diorang x mampu nak kuasai hahaha jangan marah k?? gurau jer....hah nak tau jenis-jenis bahasa tu? meh aku bg contoh k?

jenis bahasa pertama : bahasa W
contoh ayat : waraba warapak waraye warabo waradoh
maksud : bapak dia bodoh

jenis bahasa kedua : bahasa f
contoh ayat : soforifi yefe afadefe halfal tafadifi
maksud : sorry yer ada hal tadi


so amacam dah ingat bahasa-bahasa ni?? hehehe dah lama x dengarkan?? hehe jowm sesama melestarikan bahasa2x ni hehehe :) zazzzzz wink3x
  • cuber korang try buat bahasa x hehehe :)

Friday, June 10, 2011

apa yang aku nak??

hurmm...harini hidup aku bosan sangat macam hari-hari biasa...bila kat hostel aku x sabar nak cuti..bila cuti aku mati pucuk..opssss silap la mati akal..hehehe mana taknyer aku balik johor jer member aku semua ntah ke mana...kalau kat hostel boleh lah lepak kedai makan dengan member duduk ngumpat dengan dak pompuan..p download porn dekat library hehehe bijak x aku ni?? org p library cari ilham belajar aku plak p cari ilham nak...(lelaki mesti paham kan??) hahaha..sekarang bila duduk jer aku terbayang la kalau la aku diberikan 3 kelebihan..korang nak tau apa kelebihan aku nak?

kelebihan pertama : aku nak muka macam mamat-mamat korea terutama nickhun
sebab : aku nak jadi budak paling ensem dalam cos aku dan jadi gilaan semua orang

  • dengan muka macam ni aku yakin x der orang nak reject aku lagi hahaha
kelebihan kedua : aku nak ada kuasa p memana jer tempat yang aku bayangkan
sebab : aku ni malas nak berjalan especially tengah-tengah panas perghhh

  • korang bayangkan pagi aku kat malaysia malam plak aku kat cini best x?? hehehe
kelebihan ketiga : aku nak ada kuasa nak memonopoli orang suka hati aku
sebab : ntah la kenapa aku pilih kelebihan ni..sebab seronok kowt hehehe

  • hehehe ni la t-shirt yang korang pkai bila bila aku jadi ketua korang hahaha
agak-agak korang mampu x aku capai apa yang aku impikan? marilah sama-sama doakan agar aku mampu kecapi impian aku x salahkan? kita kan satu Malaysia :) zazzzzzz

Wednesday, June 8, 2011

pekerja yang bangang

hari aku sangat marah..ye la mood nak shopping hilang pasal jumpa pekerja yang mcm s**l ..korang bayangkan ea...aku tanya harga baju ni dia boleh layan aku perghhh bapak punya kerek..haloo ko tu kuli jer..meh aku ejakan tuk ko yer.. K.U.L.I..harr paham x? kalau aku dah tanya harga tu maknanyer aku nak beli la...perlu ker sombong sangat?? dah la bercakap sibuk belek2x rambut ko yang perang mcm mandi air karat..then main plak kuku ko yang kale itam mcm pontianak..ishhhh nasib la ko tu pompuan...kalau laki aku dah maki hamun jer... haloo kakak setakat kerja kat kedai baju dah kerek..kalau bukak kedai sendiri mesti la bankrap..gaji setakat cukup nak beli deodorant nak kerek dengan aku..sedar la sikit...lepas ni aku nampak muka ko lagi...aku kutuk ko sampai hilang kemaluan ko..erkkkk betul ker ayat aku hehehe...hurm kepada para pekerja kat luar sana x payah lar nak kerek2x sgt...kita ni sama jer...ko kerja office ker..kilang ker...sama jer makan gaji juga..so kenapa nak kerek macam ko yang bos?? so..lu pikir la sendiri...

p/s : aku marah kalah orang pms kan? hehehe

  •  kakak kedai baju..ko paham x maksud lame? haha p bukak kamus ok?

Tuesday, June 7, 2011

susah sangat ker???

kenapa semua orang bertindak mcm aku ni milik diowng..kawal aku..tentukan idup aku..apa aku buat..apa aku nak semua orang masuk campur....hurmm tolong la bebaskan aku..aku ada hati dan perasaan..aku nak bebas..aku nak buat apa yang aku nak..aku nak lakukan apa yang aku impikan dan idamkan..susah ker?? lepas satu-satu masalah aku..tapi semua bukan datang dari aku..dari orang keliling aku yang sibuk nak mengawal aku..tahun ni aku dah 21 tahun..tapi aku masih lagi dihalang tu berdiri atas kaki aku sendiri..aku bukan x nak..tapi setiap kali aku cuba bangun..orang tolak aku..sakit tau rasa..bila ada masalah semua aku hadapi sendiri..tapi bila masalah aku dah settle semua komen cara aku nak selesaikan masalah..kalau macam tu kenapa korang x tolong aku settlekan masalah tu?? knp korang hadir just nak hentam aku?? suke tgk aku sedih ?? suke tgk aku terluka?? yes..now aku umumkan korang menang dan aku surrender....tahniah korang..aku dah jatuh...

  • aku mengalah.....

Sunday, May 29, 2011

Antara dulu, kini dan besok

Dunia kini cepat sangat berubahkan? pejam celik pejam celik dah lain..banyak benda berudah sekarang ni..bukan jer dari segi ekonomi, pembangunan tetapi juga sahsiah kita sebagai orang melayu..orang melayu yang dulunya dikenali sebagai orang yang penuh dengan budi bahasa namun kini apa dah jadi? cuba kita stop kejap dan fikir..btul x apa aku cakap ni? x percaya?? meh aku bagi contoh..rumah orang tua saper banyak penghuni? melayu kan? pusat serenti? melayu juga kan? haaaa...percaya x? mesti korang nak tanya kenapa aku p bagi contoh rumah org tua..biar aku bagi idea..org melayu dulu sentiasa kata..hutang emas boleh dibayar..hutang budi dibawa mati..paham x maksud aku? sini la aku terangkan lagi..mak bapak besarkan kita...bagi semuanya pada kita..tapi bila dah besar kenapa kita x balas jasa ibu bapa kita? kenapa ibu bapa leh besarkan ramai anak tapi anak yang ramai ni x mampu nak jaga ibu bapa yang berdua ni..kan? paham kan maksud aku? pasal pusat serenti lak korang search je la kat google..tengok statistic..melayu juga yang ramai...agaknyer apa nak jadi dengan bangsa kita? aku bukan nak hentam bangsa kita..tapi aku terkilan..banyak budaya-budaya orang melayu semakin terhakis..mana pergi semangat kejiranan..mana erti persahabatan..mana pergi tolong menolong..bukan aku cakap x der langsung tp rata-rata sekarang tu la hakikatnyer..hurmm so? fikir2xkanlah..dahulu kita dikenali sebagai bangsa yang kaya dengan budi bahasa..kini kita sering disalah anggap dan masa depan.....korang la tentukan..

  • mana satu cantik? hehe

p/s : cuba korang search perkataan melayu kat google tgk apa keluar...

Wednesday, May 25, 2011

sahabat tu apa??

entry ni aku ilhamkan khas dari lubuk hati aku..pernah x korang rasa diri korang x der nilai..kehadiran korang kat sisi orang lain macam melukut kat tepi gantang jer..ada ker xder ker sama jer..time korang senang ramai melambai-lambai..senyum..puji-puji..tapi time korang susah...xder saper nak ngaku kawan..bukan aku nak mengeluh ker apa tp aku penat nak pendam sorang-sorang..kenapa mesti ada sikap mcm ni dalam dunia? agak-agak sang parasit tu sedar x bahawa dunia ni x selalunya indah..harini mgkin hari aku tersungkur..tp esok? aku selalu percaya bahawa hidup ini macam roda..kadang kita dekat atas..kadang kita dekat bawah..sekarang ni baru aku sedar time aku kat atas tu ramai yang puja-puja aku..time aku kat bawah semua biar aku tersepit..korang tau x sakit nak hadapi kesusahan sorang-sorang..korang ni x tau ker buat-buat x tahu? hurm tapi aku nak mengeluh banyak-banyak pown x guna..dah lumrah kehidupankan? tapi x semua orng keliling aku mcm tu ada juga yang paham makna sahabat tu apa..thnxx la para sahabat yang setiasa menemai aku time aku jatuh..to mereka yang cari aku time korang susah atau time aku senang..maaf no more rooms for u guyz anymore...

  • bagi aku mereka la sahabat sejati wink2x :)
p/s : kalau x paham makna sahabat leh google search :)

Sunday, May 22, 2011

Tanah Runtuh Di Hulu Langat

Entry ini aku tujukan khas buat mangsa-mangsa tanah runtuh di Rumah Anak Yatim Al-Takwa FELCRA Semungkis, di Hulu Langat ..first dengar berita ni memang seriously sentap..korang bayangkan kanak-kanak semuda 7 tahun tertimbus kat tanah merah yang basah..kita yang dewasa ni susah nak lepaskan diri apalagi mereka kan? ada lagi yang menyanyat hati aku di mana ada salah seorang mangsa tu bakal mendaftar diri untuk jurusan medic ker matrikulasi perubatan something like that la..but tuhan lagi sayangkan dia.. overall aku tgk berita tadi semua mangsa dah dijumpai..dilaporkan seramai 9 orang cedera dan 16 orang yang meninggal dunia..mangsa-mangsa yang maut dikebumikan di tanah perkuburan di Hulu Kelang, Lembah Pantai, Temerloh dan Kelantan..Setakat ni Jabatan Geologi dari UKM memberi amaran bahawa mungkin akan berlaku runtuhan susulan dah kawasan tersebut diminta dikosongkan..walaupun perbagai bantuan diberikan antaranya RM 50 000 dari tabung bencana NSTP dan bantuan kerajaaan RM 10 000 bagi setiap ahli keluarga mangsa yang terlibat tapi bagi aku masih x cukup nak merubatkan rasa kehilangan permata mereka..apa yang aku mampu berikan hanya secebis doa agar mereka ditempatkan bersama orang-orang yang beriman di sama amin...


  •  mangsa-mangsa yang terperangkap di dalam runtuhan
  •  ni la rumah anak yatim yang terlibat
  •  antara mangsa yang dijumpai tetapi tidak bernyawa lagi
p/s : salam takziah dari tengku imran akasya dan keluarga..

Wednesday, May 18, 2011

politik malaysia

bukak jer berita jer politik...baca jer surat khabar politik..haishh bosan la..bukan aku x suka politik tapi sana sini gaduh..pembangkang hentam barisan..barisan kutuk pas..aiyooo..ni plak kecoh video sex ketua pembangkang Datuk Seri Anuar Ibrahim..sana kata salah sini plak kata betul..hurm boleh x ruang berita tu simpan tuk benda-benda yang lagi penting..ni hari-hari benda sama agak klise la..kiter boleh agakkan saper salah..so whats the point benda tu diulang-ulang..ni lagi satu kalau berparlimen..kata menteri perangai kalah budak sekolah..bergaduh macam budak x der pelajaran..x malu ker? rakyatkan boleh nampak..bukan x leh nak suarakan pendapat tapi ada cara..kalau compare budak-budak berdebat jauh lagi baik dari diorang berparlimen..cuba diowng berfikir jap..x payah jauh la anak dia sendiri jer tgk diowng berparlimen x malu ker gaduh2x..anak yang sepatutnyer jadi pelapis belajar benda x sepatutnyer..so nanti jangan nak salahkan orang lain kalau anak korang jadi x seperti yang korang harapkan..entry ni bukan la nak hentam kepimpinan negara kita but setiap orang ada pendapat masing2x kan? x salah aku nak suarakan..kita canang-canangkan satu malaysia..kenapa tidak serapkan pada pihak atasan dahulu baru terapkan pada rakyat..bak kata pepatah melayu..guru kencing berdiri anak murid kencing berlari..so no offense ok? peace..

p/s : undi adalah rahsia... :)

  • macam best jer buku ni..

Tuesday, May 17, 2011

makna sebenar kata-kata

wahh entry baik punya tajuk..dalam entry ni aku nak citer tentang salah satu budaya orang kite..orang apa? orang utan haha x der la orang melayu ..apakah budayanya? hah..budaya menyindir..pernah try x? memang penipu kalau korang kata x pernah..penipu!! munafik !! wahh aku x marah sajer jer nak amik mood menaip ni hehe..nak tau x? seronok sgt menyindir tau..x caya? meh aku bagi situasi dia..

situasi A : suami balik lambat dari kerja

isteri : ekh, abg baru balik ker? kenapa awal sgt
suami : lar awal sgt ker..xper la abg mmg suker sgt tgk muker awak
isteri : lar..ye ker..saya pown mmg suker sgt abg balik awal mcm ni..memang happy duk umah condo abg beli ni..
suami : hah..paham pown awak yang saya ni mmg syg sgt kat awak...

situasi B : kawan pakai baju x berapa sesuai

siti : amboi minah cantik baju ko..fesyen baru ker..kelas gitu..
minah : lar..ko ni x baca majalah voge ker? kampung giler..
siti : baca gak majalah tu..ko dapat edition yang mana..yang 10 tahun akan dtg ker...
minah : aku amik kat bawah katil mak aku jer...limited edition uolzz..kau ada?

situasi C : bila dapat result exam

abu : ekh cantiknyer result ko...byk number dia..kaler pown cantik merah jer..
ali : lor..ko pown tahukan aku x minat kale biru ni..
abu : wahh byknyer huruf ko dapat..aku dapat a jer semua..
ali : aku ni suker dgn huruf x nak la dapat semua a jer..x menarik nak membaca..kan?

hah..best x menyindir ni? bestkan? so..jowm menyindir..hehe peace.. :)

  • nenek siapa ni??

Monday, May 16, 2011

its makan time

setelah penat jadi sukarelawan tuk Sukanun vii (walaupun x brapa sukarela ) kami dibelanja makan oleh para urusetia..nak tau apa? hah..nama melayunyer babi beratur ekh btul ker? hehehe..xder la buat apa makan benda x halal tu..x sedap..kami makan benda best punya iaitu barbeque.. jangan keliru antara barbeque dgn barbican ok?
  • ni namanyer barbican..sedap tau
hah ni la pic2x yang sempat aku snap time barbeque tu hehe

  •  perghh terliur x korang tgk?
  •  ni tukang peram ayam hehe
  •  mamat ni kteorg panggil dia loudspeaker..suara dia kalah guruh..
  •  oii kak pisau tu hati2x skit x kawen anak org nanti
  •  ni la mem besar kami hehe
  •  kat sebelah aku ni org pggl dia ustaz ensem x?
  •  sempat lagi pose tau time bakar ayam nasib x hangus..
  •  pembakar ayam paling stylo kat dunia haha
  •  ni bos besar kami :) besar x?
  • ni nama dia En. din ada saper berkenan? haha
p/s : elaun sukarelawan bila nak masuk?

Wednesday, May 11, 2011

sukanun vii

assalamualaikum..

hurm..mesti korang tertanya-tanyakan sukanun tu apa? meh aku jawabkan sukanun tu adalah singkatan sukan badan-badan berkanun..nak tanya pulak apa tu badan-badan2x berkanun? hah pikir la sendiri..google search ada kan? so ketuk kepala jalankan otak hehe..tujuan aku buat entry ni pasal aku ni salah satu sukarelawan tuk sukan ni haha aku ulang tau sukarelawan hehe tapi x berapa rela..dapat gaji tau..berapa gaji tu biarlah rahsia..
aku terpilih tuk menjadi sukarelawan tuk acara bola tampar pantai yang berlansung kat pantai umt..kalau kat pantai korang paham-paham jer la cuacanyer macam mana..acara ni melibat 26 agensi..antaranye universiti aku sendiri UMT, Unimap, UMP,DBKL, UKM dan lain-lain nak listkan semua x kuasa aku..kerja aku terbahagi kepada 3 bahagian..pertama ball picker..kerja dia senang jer kutip bola..sambil tu main mata dgn pemain tu sekali wink3x..hehe lawak jer x der makna diorang nak melayannye..then kedua kerjanye line's man paling aku x suke sebab kene tentukan keluar masuk bola tu..buatnyer salah x mampus aku kene belasah? ish bala jer..last but not least jaga score flip kerja orang malas..main flipkan card jer...selain 3 kerja utama tu kerja aku kene pasang khemah sebelum dah selepas perlawanan then meratakan tanah lagi ngurat awek-awek yang jadi sukarelawan haha x der la gurau jer...berkawan x salah kan? first time jadi sukarelawan perghhh azab giler penat kowt baru aku tahu..hari-hari bangun kul 6 pagi then berjemur..mmg terbaik wok..tapi best gak experience yang aku dapat..firstly mesti la kawan baru..then aku  jadi minat pulak tgk org main bola tampar ni..bukan sebab org tapi semangat berpasukan dia mmg best la hehe..lagi aku nak cakap apa ea pasal sukanun ni? xder idea la..nanti ada aku post g k?

p/s : saper nak aku jadi sukarelawan diorg calling2x la

  •  ingat aku ada citer pasal score flip? tu menjadah atas meja tu la score flip
  •  dua org sukarelawan yang sempat berposing walau tengah busy bekerja ( kononnye la )
  •  ni la rupe gelanggang sebelum pertandingan start
  •  setiap gelanggang tu dikelilingi A-Bord biar diorg tu (pemain) tau pantai tu bukan diorg punya hehe
  •  letih jer kan muker lepas kene jemur hehe cian diorang
  •  hah!!! tangkap bola tu dol!!
  •  ni dia team UMT hehe sexy pose kan?
  •  ni team yang lawan UMT time tu x pasti team apa
  •  acara bola tampar pantai versi pompuan hehe pink tau uolzz
  •  ni la penyokong yang setia meyumbangkan sorakan..go baby go!!
  • lastly, aku ngan fav player aku hehe dari DBKL..tinggi x?