Friday, October 14, 2011

lab microbes di pagi hari

setiap hari selasa course aku akan menjalankan lab microbes tapi macam biasa la lab sikit jer bergambar kalah Siti Nurhaliza menari lagu Goyang Inul hehehe ottokhe?? ada kene mengena ker?? what ever la blog aku suka hati aku la... kali ni kita orang buat lab tentang isolation and purification of bacteria.. hahah paham x? x paham p google search.. apa?? x der internet??? ewwww ko duduk pelosok sangat kerrr?? x per p tanya cikgu sains korang hehehe.. nak tengok x bakal saintis berjaya di malaysia nanti? haaa jowm...

  •  ni sample bacteria yang kami guna..
  •  ni ketua kami nampak stress x?
  •  siapa kata scientist semua hodoh korang tgk cantik x mereka?? hehe
  •  tgk boss kami dia jer yang serius kan?
  •  yang ni pose jer lebeh..
  •  siapa paling cute?? mesti angry bebed aku kan?? hahha
  •  prof. Naimah yang sengal..siapa nak number dia? cntc la aku haha
  •  gadis-gadis suci course aku..alok-elok bakar tu karang terbakar tangan kurang hantaran..
  •  perghh bapak la.. bacteria ni membiak dengan cepat..kata hati dr.nafisah..dia ni handal xyah pakai microscope nampak dah bacteria..
  •  muka boss kami yang ceria bila dah habis experiment hehe so cute~~
  • bacteria untuk dijual..satu telap aku letak rm50 jer saper nak??

kembali berblogging

arghh setelah mengalami fasa yang susah untuk kehidupan aku kini aku bangkit semula untuk teruskan perjuangan..aku yang dulunya lemah aku harap menjadi lebih kuat untuk menghadapi hari-hari yang akan mendatang..dalam tempoh aku terjatuh ni baru aku dapat kenali mana satu teman, mana satu sahabat, mana satu PARASIT yang hanya bersama kita sesama kita senang jer..jujur aku cakap kat korang aku tak sangka aku akan terjatuh teruk macam ni sekali dan memang sangat sukar untuk aku naik balik..tapi kali ni aku nak pastikan aku takkan terjatuh lagi..aku nak jadi lagi kuat..lagi tabah..lagi hensem erkkk perlu ker?? heheh ntah la tapi apa yang aku pasti i will be much stonger than yesterday....


p/s : aja- aja fighting!! hehe

Sunday, September 25, 2011

segalanya berubah...

kini segalanya telah beubah apa yang aku harapkan selama ni cuma angan2x yang x akan menjadi kenyataan...benar kata orang kita hanya mampu merancang tapi tuhan yang menentukan..pape pown aku tetap redha dengan ketentuan yang telah ditakdirkan olehNya~~
 this song will explain all my feeling

video

Monday, August 22, 2011

puisi pertama aku

puisi ni aku buat time nak join pertandingan menulis puisi time tingkatan 5 dulu...korang baca la the komen tau hehe agak lawak sebab dulu aku jiwang sikit hehehe peace uolzzzz

Tajuk : Epilog Kedukaan
Nukilan : Tengku Imran Akasya

dinginnnya hembusan pawana
menambah lagi epilog duka
dalam sanubariku
pemergiannya mencoretkan
seribu kedukaan di dalam
novel kehidupanku
jiwaku kosong tanpanya
hatiku sering membentak
tika akalku teringatkannya
titisan kristal yang menemaniku
saban hari semakin tidak bermaya
kerna aku terlalu merinduinya
mampukah aku bertahan?
kehadiran dirinya dalam hidupku
persis cahaya yang menerangi
lorong-lorong nan suram
kehadirannya ibarat baja
yang menyuburi taman hatiku
namun kini segala luluh!
dia telah pergi meninggalkan aku
segala ikatan telah pun terurai
apa yang tinggal kini hanyalah
memori yang tidak mungkin
akan berulang kembali...



p/s : hurm so apa pendapat korang?

Wednesday, August 17, 2011

salam ramadhan dari aku..

Walaupun agak terlewat tapi aku tetap nak ucapkan selamat menyambut ramadhan al mubarak...harap ramadhan kali ni memberi kita seribu kemanisan berbanding tahun-tahun sebelumnya insyaAllah..hah citer paal ramadhan ni..topic utama aku mesti juadah nak berbuka..hehe kali ni aku nak cerita juadah yang popular time berbuka yang digemari oleh aku..hehe bukan orang lain yer tetapi aku..hahaha nak tau x apa dia jowm kita jalan-jalan cari makan.

Yang berada di tangga pertama..


  • murtabak daging memang pembuka selera aku hehe
tempat kedua pulak..


  • kuih ni ada dua nama kuih tepung pelita @ kuih tako ( jangan salah sebut bahaya tau hahahaha )
tempat ketiga pulak..

  • popiah basah..perghh memang terangkat beb..sedap huhu
hah tempat keempat ni special sikit tau nak tau apa?

  • bubur pulut hitam..payah la nak dapat tapi sedap bila makan dengan ice hilang rasa haus tau..sekali cuba pasti nak lagi hehehe 
last but not least juadah yang aku minat time bukan puasa ialah

  •  susah sangat-sangat nak cari..tapi kalau dapat memang singgit x cukup seyes aku cakap..nak tau nama dia? nama dia kuih cara berlauk..memang cara beb..
hah...dah tau kan juadah fav aku so amacam best x? hehe pape pown puasa jangan ponteng tau baru rasa nikmat berbuka hehe pulak tu buka jangan lupa baca doa hehe :) dah macam kela agama pulak aku ni..

P/s : korang ni semua pose penuh x?



Wednesday, July 20, 2011

i miss u olzzzz

Lama giler aku x update blog kesayangan aku ni kan?? semenjak aku kerja ni jarang sangat online..cube teka aku kerja apa? hahaha alhamdulillah dengan berkat muka aku yang ala-ala nickhun ni aku berjaya dapat jadi receptionist hotel..happy sangat kerja kat situ..hari first aku masuk aku skema giler konon-konon baik la kan? haha dah lama terus aku tunjuk belang aku haha baru diorang tahu siapa tengku imran akasya yang sebenarnya..kerja aku senang jer aku senyum dengan guest check in kan then kalau nasib baik dapat tips..best x? hehe aku rasa cukup la dengan kisah hidup aku..ni aku nak bagitau nasihat senior aku kepada aku sebagai seorang anak muda dalam dunia yang penuh dugaan ni ( pergh ayat cam babun jer)..korang nak tau x apa makna duit yang sebenarnya? nak x? nak x? hoi jawab lah! hehe meh la aku citer..

ni la makna duit yang sebenar...

D     - doa
U  -  usaha
I  -  ikhtiar
T - tawakal

hah paham x? meh aku uraikan satu persatu ea? firstly, doa..setiap benda kita akan mulakan dgn doakan? then usaha..dah doa kene la usaha tul x? even Rasulullullah S.A.W pernah bersabda sesungguhnya orang yang hanya tahu berdoa tetapi tidak berusaha bodoh namanya dan orang yang hanaya berusaha tanpa doa sombong namanya oleh itu doa + usaha = kejayaan..then seterusnya ikhtiar..kita bila dah berusaha mesti akan ikhtiar untuk dapat lebih dari yang kita ada betul x? dan lastly...dah puas beusaha..kita tawakal jer...biar tuhan yang tentukan segalanya..kalau ikowt nasihat ni mesti kita mampu berjaya..so lu pikirla sendiri..wink2x :)


kalau dapat duit macam ni okay x?

Tuesday, June 14, 2011

jenis-jenis bahasa

assalamualaikum w.b.t
apa kahabar semua..pada harini saya akan mengajar anda tentang jenis-jenis bahasa..hahaha ada gaya pensyarah x aku nie??  x der maknanyer..aku ni poyo jer lebih...tapi topic aku kali ni mmg jenis-jenis bahasa..topic ni aku perlukan korang tuk mengimbau kenangan2x korang zaman kecik-kecik dulu..lebih-lebih lagi pompuan la yang suka guna bahasa macam ni..mungkin nak gantikan bahasa inggeris yang diorang x mampu nak kuasai hahaha jangan marah k?? gurau jer....hah nak tau jenis-jenis bahasa tu? meh aku bg contoh k?

jenis bahasa pertama : bahasa W
contoh ayat : waraba warapak waraye warabo waradoh
maksud : bapak dia bodoh

jenis bahasa kedua : bahasa f
contoh ayat : soforifi yefe afadefe halfal tafadifi
maksud : sorry yer ada hal tadi


so amacam dah ingat bahasa-bahasa ni?? hehehe dah lama x dengarkan?? hehe jowm sesama melestarikan bahasa2x ni hehehe :) zazzzzz wink3x
  • cuber korang try buat bahasa x hehehe :)