Monday, August 22, 2011

puisi pertama aku

puisi ni aku buat time nak join pertandingan menulis puisi time tingkatan 5 dulu...korang baca la the komen tau hehe agak lawak sebab dulu aku jiwang sikit hehehe peace uolzzzz

Tajuk : Epilog Kedukaan
Nukilan : Tengku Imran Akasya

dinginnnya hembusan pawana
menambah lagi epilog duka
dalam sanubariku
pemergiannya mencoretkan
seribu kedukaan di dalam
novel kehidupanku
jiwaku kosong tanpanya
hatiku sering membentak
tika akalku teringatkannya
titisan kristal yang menemaniku
saban hari semakin tidak bermaya
kerna aku terlalu merinduinya
mampukah aku bertahan?
kehadiran dirinya dalam hidupku
persis cahaya yang menerangi
lorong-lorong nan suram
kehadirannya ibarat baja
yang menyuburi taman hatiku
namun kini segala luluh!
dia telah pergi meninggalkan aku
segala ikatan telah pun terurai
apa yang tinggal kini hanyalah
memori yang tidak mungkin
akan berulang kembali...



p/s : hurm so apa pendapat korang?

Wednesday, August 17, 2011

salam ramadhan dari aku..

Walaupun agak terlewat tapi aku tetap nak ucapkan selamat menyambut ramadhan al mubarak...harap ramadhan kali ni memberi kita seribu kemanisan berbanding tahun-tahun sebelumnya insyaAllah..hah citer paal ramadhan ni..topic utama aku mesti juadah nak berbuka..hehe kali ni aku nak cerita juadah yang popular time berbuka yang digemari oleh aku..hehe bukan orang lain yer tetapi aku..hahaha nak tau x apa dia jowm kita jalan-jalan cari makan.

Yang berada di tangga pertama..


  • murtabak daging memang pembuka selera aku hehe
tempat kedua pulak..


  • kuih ni ada dua nama kuih tepung pelita @ kuih tako ( jangan salah sebut bahaya tau hahahaha )
tempat ketiga pulak..

  • popiah basah..perghh memang terangkat beb..sedap huhu
hah tempat keempat ni special sikit tau nak tau apa?

  • bubur pulut hitam..payah la nak dapat tapi sedap bila makan dengan ice hilang rasa haus tau..sekali cuba pasti nak lagi hehehe 
last but not least juadah yang aku minat time bukan puasa ialah

  •  susah sangat-sangat nak cari..tapi kalau dapat memang singgit x cukup seyes aku cakap..nak tau nama dia? nama dia kuih cara berlauk..memang cara beb..
hah...dah tau kan juadah fav aku so amacam best x? hehe pape pown puasa jangan ponteng tau baru rasa nikmat berbuka hehe pulak tu buka jangan lupa baca doa hehe :) dah macam kela agama pulak aku ni..

P/s : korang ni semua pose penuh x?