Wednesday, July 20, 2011

i miss u olzzzz

Lama giler aku x update blog kesayangan aku ni kan?? semenjak aku kerja ni jarang sangat online..cube teka aku kerja apa? hahaha alhamdulillah dengan berkat muka aku yang ala-ala nickhun ni aku berjaya dapat jadi receptionist hotel..happy sangat kerja kat situ..hari first aku masuk aku skema giler konon-konon baik la kan? haha dah lama terus aku tunjuk belang aku haha baru diorang tahu siapa tengku imran akasya yang sebenarnya..kerja aku senang jer aku senyum dengan guest check in kan then kalau nasib baik dapat tips..best x? hehe aku rasa cukup la dengan kisah hidup aku..ni aku nak bagitau nasihat senior aku kepada aku sebagai seorang anak muda dalam dunia yang penuh dugaan ni ( pergh ayat cam babun jer)..korang nak tau x apa makna duit yang sebenarnya? nak x? nak x? hoi jawab lah! hehe meh la aku citer..

ni la makna duit yang sebenar...

D     - doa
U  -  usaha
I  -  ikhtiar
T - tawakal

hah paham x? meh aku uraikan satu persatu ea? firstly, doa..setiap benda kita akan mulakan dgn doakan? then usaha..dah doa kene la usaha tul x? even Rasulullullah S.A.W pernah bersabda sesungguhnya orang yang hanya tahu berdoa tetapi tidak berusaha bodoh namanya dan orang yang hanaya berusaha tanpa doa sombong namanya oleh itu doa + usaha = kejayaan..then seterusnya ikhtiar..kita bila dah berusaha mesti akan ikhtiar untuk dapat lebih dari yang kita ada betul x? dan lastly...dah puas beusaha..kita tawakal jer...biar tuhan yang tentukan segalanya..kalau ikowt nasihat ni mesti kita mampu berjaya..so lu pikirla sendiri..wink2x :)


kalau dapat duit macam ni okay x?

Tuesday, June 14, 2011

jenis-jenis bahasa

assalamualaikum w.b.t
apa kahabar semua..pada harini saya akan mengajar anda tentang jenis-jenis bahasa..hahaha ada gaya pensyarah x aku nie??  x der maknanyer..aku ni poyo jer lebih...tapi topic aku kali ni mmg jenis-jenis bahasa..topic ni aku perlukan korang tuk mengimbau kenangan2x korang zaman kecik-kecik dulu..lebih-lebih lagi pompuan la yang suka guna bahasa macam ni..mungkin nak gantikan bahasa inggeris yang diorang x mampu nak kuasai hahaha jangan marah k?? gurau jer....hah nak tau jenis-jenis bahasa tu? meh aku bg contoh k?

jenis bahasa pertama : bahasa W
contoh ayat : waraba warapak waraye warabo waradoh
maksud : bapak dia bodoh

jenis bahasa kedua : bahasa f
contoh ayat : soforifi yefe afadefe halfal tafadifi
maksud : sorry yer ada hal tadi


so amacam dah ingat bahasa-bahasa ni?? hehehe dah lama x dengarkan?? hehe jowm sesama melestarikan bahasa2x ni hehehe :) zazzzzz wink3x
  • cuber korang try buat bahasa x hehehe :)

Friday, June 10, 2011

apa yang aku nak??

hurmm...harini hidup aku bosan sangat macam hari-hari biasa...bila kat hostel aku x sabar nak cuti..bila cuti aku mati pucuk..opssss silap la mati akal..hehehe mana taknyer aku balik johor jer member aku semua ntah ke mana...kalau kat hostel boleh lah lepak kedai makan dengan member duduk ngumpat dengan dak pompuan..p download porn dekat library hehehe bijak x aku ni?? org p library cari ilham belajar aku plak p cari ilham nak...(lelaki mesti paham kan??) hahaha..sekarang bila duduk jer aku terbayang la kalau la aku diberikan 3 kelebihan..korang nak tau apa kelebihan aku nak?

kelebihan pertama : aku nak muka macam mamat-mamat korea terutama nickhun
sebab : aku nak jadi budak paling ensem dalam cos aku dan jadi gilaan semua orang

  • dengan muka macam ni aku yakin x der orang nak reject aku lagi hahaha
kelebihan kedua : aku nak ada kuasa p memana jer tempat yang aku bayangkan
sebab : aku ni malas nak berjalan especially tengah-tengah panas perghhh

  • korang bayangkan pagi aku kat malaysia malam plak aku kat cini best x?? hehehe
kelebihan ketiga : aku nak ada kuasa nak memonopoli orang suka hati aku
sebab : ntah la kenapa aku pilih kelebihan ni..sebab seronok kowt hehehe

  • hehehe ni la t-shirt yang korang pkai bila bila aku jadi ketua korang hahaha
agak-agak korang mampu x aku capai apa yang aku impikan? marilah sama-sama doakan agar aku mampu kecapi impian aku x salahkan? kita kan satu Malaysia :) zazzzzzz

Wednesday, June 8, 2011

pekerja yang bangang

hari aku sangat marah..ye la mood nak shopping hilang pasal jumpa pekerja yang mcm s**l ..korang bayangkan ea...aku tanya harga baju ni dia boleh layan aku perghhh bapak punya kerek..haloo ko tu kuli jer..meh aku ejakan tuk ko yer.. K.U.L.I..harr paham x? kalau aku dah tanya harga tu maknanyer aku nak beli la...perlu ker sombong sangat?? dah la bercakap sibuk belek2x rambut ko yang perang mcm mandi air karat..then main plak kuku ko yang kale itam mcm pontianak..ishhhh nasib la ko tu pompuan...kalau laki aku dah maki hamun jer... haloo kakak setakat kerja kat kedai baju dah kerek..kalau bukak kedai sendiri mesti la bankrap..gaji setakat cukup nak beli deodorant nak kerek dengan aku..sedar la sikit...lepas ni aku nampak muka ko lagi...aku kutuk ko sampai hilang kemaluan ko..erkkkk betul ker ayat aku hehehe...hurm kepada para pekerja kat luar sana x payah lar nak kerek2x sgt...kita ni sama jer...ko kerja office ker..kilang ker...sama jer makan gaji juga..so kenapa nak kerek macam ko yang bos?? so..lu pikir la sendiri...

p/s : aku marah kalah orang pms kan? hehehe

  •  kakak kedai baju..ko paham x maksud lame? haha p bukak kamus ok?

Tuesday, June 7, 2011

susah sangat ker???

kenapa semua orang bertindak mcm aku ni milik diowng..kawal aku..tentukan idup aku..apa aku buat..apa aku nak semua orang masuk campur....hurmm tolong la bebaskan aku..aku ada hati dan perasaan..aku nak bebas..aku nak buat apa yang aku nak..aku nak lakukan apa yang aku impikan dan idamkan..susah ker?? lepas satu-satu masalah aku..tapi semua bukan datang dari aku..dari orang keliling aku yang sibuk nak mengawal aku..tahun ni aku dah 21 tahun..tapi aku masih lagi dihalang tu berdiri atas kaki aku sendiri..aku bukan x nak..tapi setiap kali aku cuba bangun..orang tolak aku..sakit tau rasa..bila ada masalah semua aku hadapi sendiri..tapi bila masalah aku dah settle semua komen cara aku nak selesaikan masalah..kalau macam tu kenapa korang x tolong aku settlekan masalah tu?? knp korang hadir just nak hentam aku?? suke tgk aku sedih ?? suke tgk aku terluka?? yes..now aku umumkan korang menang dan aku surrender....tahniah korang..aku dah jatuh...

  • aku mengalah.....

Sunday, May 29, 2011

Antara dulu, kini dan besok

Dunia kini cepat sangat berubahkan? pejam celik pejam celik dah lain..banyak benda berudah sekarang ni..bukan jer dari segi ekonomi, pembangunan tetapi juga sahsiah kita sebagai orang melayu..orang melayu yang dulunya dikenali sebagai orang yang penuh dengan budi bahasa namun kini apa dah jadi? cuba kita stop kejap dan fikir..btul x apa aku cakap ni? x percaya?? meh aku bagi contoh..rumah orang tua saper banyak penghuni? melayu kan? pusat serenti? melayu juga kan? haaaa...percaya x? mesti korang nak tanya kenapa aku p bagi contoh rumah org tua..biar aku bagi idea..org melayu dulu sentiasa kata..hutang emas boleh dibayar..hutang budi dibawa mati..paham x maksud aku? sini la aku terangkan lagi..mak bapak besarkan kita...bagi semuanya pada kita..tapi bila dah besar kenapa kita x balas jasa ibu bapa kita? kenapa ibu bapa leh besarkan ramai anak tapi anak yang ramai ni x mampu nak jaga ibu bapa yang berdua ni..kan? paham kan maksud aku? pasal pusat serenti lak korang search je la kat google..tengok statistic..melayu juga yang ramai...agaknyer apa nak jadi dengan bangsa kita? aku bukan nak hentam bangsa kita..tapi aku terkilan..banyak budaya-budaya orang melayu semakin terhakis..mana pergi semangat kejiranan..mana erti persahabatan..mana pergi tolong menolong..bukan aku cakap x der langsung tp rata-rata sekarang tu la hakikatnyer..hurmm so? fikir2xkanlah..dahulu kita dikenali sebagai bangsa yang kaya dengan budi bahasa..kini kita sering disalah anggap dan masa depan.....korang la tentukan..

  • mana satu cantik? hehe

p/s : cuba korang search perkataan melayu kat google tgk apa keluar...

Wednesday, May 25, 2011

sahabat tu apa??

entry ni aku ilhamkan khas dari lubuk hati aku..pernah x korang rasa diri korang x der nilai..kehadiran korang kat sisi orang lain macam melukut kat tepi gantang jer..ada ker xder ker sama jer..time korang senang ramai melambai-lambai..senyum..puji-puji..tapi time korang susah...xder saper nak ngaku kawan..bukan aku nak mengeluh ker apa tp aku penat nak pendam sorang-sorang..kenapa mesti ada sikap mcm ni dalam dunia? agak-agak sang parasit tu sedar x bahawa dunia ni x selalunya indah..harini mgkin hari aku tersungkur..tp esok? aku selalu percaya bahawa hidup ini macam roda..kadang kita dekat atas..kadang kita dekat bawah..sekarang ni baru aku sedar time aku kat atas tu ramai yang puja-puja aku..time aku kat bawah semua biar aku tersepit..korang tau x sakit nak hadapi kesusahan sorang-sorang..korang ni x tau ker buat-buat x tahu? hurm tapi aku nak mengeluh banyak-banyak pown x guna..dah lumrah kehidupankan? tapi x semua orng keliling aku mcm tu ada juga yang paham makna sahabat tu apa..thnxx la para sahabat yang setiasa menemai aku time aku jatuh..to mereka yang cari aku time korang susah atau time aku senang..maaf no more rooms for u guyz anymore...

  • bagi aku mereka la sahabat sejati wink2x :)
p/s : kalau x paham makna sahabat leh google search :)